Malay  | Other Language     Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4                                         Facebook RSS        

Text Size
- +

PRESIDENT'S STATEMENT ON 26th AUGUST 2011

 

Kenyataan Yang DiPertua
Majlis Perbandaran Seberang Perai
Majlis Penuh Pada 26 Ogos 2011 

1. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang berada di sini dan juga seluruh warga Seberang Perai yang berugama Islam yang mana dijangka akan menyambutnya pada 30 Ogos 2011.

Untuk makluman, bersempena dengan sambutan Perayaan Aidifitri ini, waktu operasi kutipan sampah oleh kontraktor-kontraktor dan MPSP telah ditangguhkan kepada 2.00 petang sehingga 12.00 malam daripada waktu asalnya iaitu 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

2. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-54

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 kepada semua penduduk Pulau Pinang yang akan disambut pada tanggal 31 Ogos 2011. Pada tahun ini kita sangat bertuah dimana kita akan menyambut dua perayaan berkembar serentak iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Perayaan Hari Kemerdekaan Yang Ke-54.

Sehubungan itu, adalah diharapkan semua warga Seberang Perai terutama pemilik premis perniagaan dapat menghias premis, kediaman, bangunan dan kawasan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan juga memasang lampu-lampu berwarna-warni pada waktu malam sepanjang perayaan ini.  Tema Hari Kemerdekaan Ke-54 pada tahun ini adalah "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera". Kerjasama dari semua pihak yang mengambil bahagian didahului dengan ucapan terima kasih.

3. SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Malaysia akan diraikan pada 16 September setiap tahun, untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. Sehubungan itu, hari tersebut merupakan hari kelepasan am.

4. KEWAJIPAN MEMBAYAR CUKAI PINTU

Pembayar cukai dinasihat agar menjelaskan cukai pintu untuk setengah tahun kedua 2011 pada atau sebelum 29 Ogos 2011. Untuk makluman, Kaunter Bayaran di Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda akan dibuka pada 27 dan 28 Ogos 2011 (Sabtu dan Ahad) dari jam 8.30 pagi sehingga 8.30 malam. Manakala pada 29 Ogos 2011 (Isnin), kaunter dibuka dari jam 7.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Pembayar cukai diingatkan agar menjelaskan cukai pintu mereka dengan SEGERA bagi mengelak dikenakan denda lewat pada 1 September 2011. Pemilik premis yang masih belum menerima bil cukai pintu, mereka dikehendaki datang ke Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda atau ke cawangan MPSP di Jawi dan Butterworth. Mereka juga boleh menyemak dan mencetak bil cukai pintu di laman web MPSP.

Pembayar cukai boleh membuat bayaran di: -

1) Kaunter Bayaran MPSP di Jawi, Butterworth dan Bandar Perda

2) Bayaran secara on-line di laman web MPSP iaitu www.mpsp.gov.my

3) Bayaran di agensi setempat iaitu: -

      (a) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)
      (b) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)
      (c) PDC Setia Urus Sdn Bhd
      (d) Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)
      (e) Pos Malaysia Berhad termasuk bayaran secara on-line di www.posonline.com.my
      (f) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
      (g) Telekom Malaysia Berhad
      (h) Bayaran secara on-line di laman web Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu www.penang.gov.my

4) Bayaran di agen-agen bank iaitu: -

    (a) Bank Islam (M) Berhad
    (b) CIMB Bank Berhad
    (c) Citibank Berhad
    (d) HSBC Bank (M) Berhad
    (e) Malayan Banking Berhad
    (f) MBF Cards Sdn Bhd
    (g) RHB Bank Berhad
    (h) Bank Simpanan Nasional
    (i) Alliance Bank (M) Berhad
    (j) EON Bank Berhad
    (k) Ambank (M) Berhad
    (l) Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad
   (m) United Overseas Bank (M) Berhad
   (n) Affin Bank Berhad
   (o) Public Bank Berhad

5. TINDAKAN PENGUATKUASAAN MPSP BULAN OGOS 2011

Untuk makluman semua, sepanjang bulan Ogos 2011, Direktorat Penguatkuasaan telah menyerahkan 42 notis berhenti kerja dan 39 notis meroboh ke atas binaan-binaan tanpa kebenaran serta 1 operasi meruntuh di Taman Tempua SPS.

Sebanyak 892 buah premis perniagaan telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut sebanyak 63 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak mempunyai lesen.

Direktorat juga telah mengeluarkan 92 kompaun kenderaan berat di dalam taman perumahan serta 72 kompaun ke atas kenderaan lori tanah yang menyebabkan jalan kotor.

Sebanyak 250 buah kenderaan telah dikunci tayar dengan kutipan sebanyak RM 12,500.00 bayaran telah diterima.

Sebanyak 2243 kompaun parking telah dikeluarkan dan kompaun yang telah dibayar adalah berjumlah RM63,855.00 mulai 1 Ogos 2011 sehingga 22 Ogos 2011.

 

SEKIAN, TERIMA KASIH.