English | Bahasa Lain     Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4                            Facebook Twitter RSS

Text Size
- +

Unit OSC

Unit OSC

Perlaksanaan Unit Urusetia Pusat Setempat (OSC) di Majlis Perbandaran Seberang Perai bermula pada 13 Jun 2007 selaras dengan pelancarannya oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam Persidangan Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan pada 13 April 2007. Objektif utama penubuhan Unit OSC adalah bagi memendekkan norma masa memproses permohonan pemajuan tanah.

Tugas dan tanggungjawab utama Unit OSC adalah untuk menerima, menyemak, mengedar dan memantau permohonan-permohonan pembangunan tanah yang dikemukakan kepada PBT.

 osc1_fungsi

 

Kaunter OSC ditempatkan di bahagian kaunter pusat di dalam bangunan MPSP, Bandar Perda.


Jawatankuasa OSC dipengerusikan oleh Yang DiPertua MPSP dan akan bermesyuarat 2 kali sebulan. Jawatankuasa ini akan menimbang dan membuat keputusan terhadap Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan.

Permohonan yang diterima oleh Unit OSC MPSP , akan dipantau dan dimaklumkan pada setiap mesyuarat JK OSC . Semua rekod penerimaan dan penyelesaian permohonan akan dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PORTAL OSC.

Permohonan-permohonan yang dipantau samada dapat diselesaikan dalam tempoh piagam oleh KPKT adalah terdiri daripada :-


  1. Permohonan Serentak (Pelan Kebenaran Merancang, Ubahsyarat dan Pecah Sempadan (124A, KTN), Penyerahan dan Pembeimilikan Semula (204D, KTN), Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan)

  2. Kebenaran Merancang (Berasingan)

  3. Permohonan Pelan Kejuruteraan

  4. Permohonan Pelan Bangunan

  5. Permohonan CFO

osc2_fungsi

 

Bilik rundingan yang terletak bersebelahan dengan kaunter OSC memudahkan  proses semakan dan pertanyaan pelangg

Selain dari itu khidmat nasihat dari aspek keperluan dokumen dan tatacara mengemukakan permohonan turut diberi kepada juruperunding dan pemohon bagi membantu memastikan permohonan yang akan dikemukakan adalah lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Borang-borang permohonan pemajuan yang dahulunya boleh didapati di kaunter OSC kini boleh di muat turun melalui laman web http://www.mpsp.gov.my bagi memudahkan pengguna mendapatkan borang yang terkini.

 

Text Box:   Bilik rundingan yang terletak bersebelahan dengan kaunter OSC memudahkan  proses semakan dan pertanyaan pelanggan Selain dari itu khidmat nasihat dari aspek keperluan dokumen dan tatacara mengemukakan permohonan turut diberi kepada juruperunding dan pemohon  bagi membantu memastikan permohonan yang akan dikemukakan adalah lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 

Borang-borang permohonan pemajuan yang dahulunya boleh didapati di kaunter OSC kini boleh di muat turun melalui laman web http://www.mpsp.gov.my bagi memudahkan pengguna mendapatkan borang yang terkini.