English | Bahasa Lain     Preset 1 Preset 2 Preset 3 Preset 4                                              Facebook RSS               

Text Size
- +

Penilaian Cukai Kadaran

Kadar Taksiran dikenakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai mengikut
Akta Kerajaan Tempatan 1976
 
Jenis Hartanah Yang Dikenakan Cukai



Kadar Taksiran dikenakan ke atas pegangan seperti berikut :

   a. Rumah kediaman
   b. Harta perdagangan (kedai, kilang, hotel dan sebagainya)
   c. Harta industri (kilang, pelabuhan dan sebagainya)
   d. Tanah

 
Penentuan Cukai Kadaran



Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut : 


Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar



Penentuan "Kadar %"

Secara umumnya kadar % ditentukan mengikut keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos tahunan yang ditanggung oleh majlis dalam bentuk kos pentadbiran, kos perkhidmatan dan kos pembangunan.



Penentuan "Nilai Tahunan"

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan

Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.
 
Tujuan Notis Kadaran



Mengikut Seksyen 141(2), notis kadaran merupakan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartabenda mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartabenda mereka. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartabenda atau penghuninya mengenai cukai kadaran yang akan dikenakan.
 
Bantahan Terhadap Notis Kadaran



Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai
 
Mesyuarat Rayuan Cukai



Pemilik hartabenda yang membuat bantahan diberi peluang menghadirkan diri di hadapan Jawatankuasa Rayuan Cukai dalam Mesyuarat Rayuan Cukai bagi mengemukakan alasan-alasan kepada bantahannya. Sekiranya pemilik tidak dapat hadir dalam mesyuarat tersebut, pemilik boleh mewakilkan orang lain bagi pihak dirinya dengan syarat wakil tersebut hendaklah mengemukakan 'Surat Kuasa' yang telah ditandatangani oleh pemilik tersebut.
 
Pemberitahuan Keputusan Bantahan



Keputusan bantahan ke atas Nilai Tahunan akan dimaklumkan kepada setiap pemilik hartabenda berkadar melalui surat.
 
Rayuan Semula Setelah Keputusan Diterima



Jika pemilik masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Cukai, pemilik boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan. Walaubagaimanapun, pemilik perlu membayar terlebih dahulu amaun cukai kadaran yang telah diputuskan itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai.(Syarat ini diperuntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976)
 
Menjelaskan Cukai Kadaran



Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari Jabatan Kewangan MPSP.
 
Pegawai Yang Boleh Dihubungi



Encik Mat Nasir b. Hassan

Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta
Tel: 04-5497492 
E-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.



Puan Lim Lai Pho Lang

Penolong Pegawai Penilaian Kanan
Tel: 04-5497494
E-mail: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.