Selamat Datang Ke Sahabat MPSP  Selamat Datang Ke Sahabat MPSP

Utama

 

1. Apa itu SAHABAT MPSP?

SAHABAT MPSP adalah konsep membantu secara sukarela untuk melaksanakan beberapa fungsi MPSP
dan juga merapatkan jurang antara MPSP dan komuniti.
Ia mengambil konsep mudah dan praktikal dan
pendekatan secara kesepakatan komuniti.


2. Konsep SAHABAT MPSP.

• Bersifat `Smart Partnership’.
• Mengembelingkan tenaga dan kerjasama antara MPSP dan komuniti untuk membantu dalam
merealisasikan fungsi-fungsi MPSP.

• Mengwujudkan persepsi positif komuniti terhadap kerja-kerja MPSP dengan mewujudkan hubungan
kerjasama.


3. Misi SAHABAT MPSP

• Membantu MPSP secara sukarela dalam kerja-kerja kesihatan awam termasuk aspek kebersihan
dan keselamatan makanan,
aspek kawalan vektor dan perkhidmatan veterinar.
• Menjadi SAHABAT MPSP landasan formal perhubungan MPSP dan komuniti.
• Mewujudkan hubungan mesra antara MPSP dan komuniti bagi meningkatkan keyakinan kepada MPSP.
• Memberi maklumat berhubung bidang tugas MPSP untuk manfaat komuniti Seberang Perai.


4. Siapa boleh mendaftar sebagai SAHABAT MPSP.

Orang ramai, ahli-ahli pertubuhan dan persatuan, pelajar, kakitangan kerajaan, swasta dan semua
orang yang mahu membantu MPSP secara sukarela.


5. Bagaimana untuk mendaftar sebagai SAHABAT MPSP.

Melengkapkan borang pendaftaran sebagai Sahabat MPSP dan hantar secara online kepada
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan MPSP.
Anda akan dihubungi setelah mendaftar sebagai Sahabat MPSP.


6. Apakah kerja-kerja yang boleh dibantu oleh SAHABAT MPSP.

• Pemantauan kebersihan/keselamatan dan penggreden premis makanan di perbandaran Seberang Perai.

Sahabat Online

None

Aktiviti Terkini

No events

Jumlah Pengunjung

Hari Ini0
Kelmarin2
Bulan38
Keseluruhan2664